Nombor
Pin |
Isyarat |
Warna |
1 |
TD+ |
Putih/oren |
2 |
TD- |
Oren |
3 |
RD+ |
Putih/hijau |
4 |
|
Biru |
5 |
|
Putih/biru |
6 |
RD- |
Hijau |
7 |
|
Putih/coklat |
8 |
|
Coklat |
Jadual 10Base-T:
Menunjukkan kedudukan pindan warna didalam penyambung RJ45 untuk kegunaan
10Base-T.
Rajah 33: Kedudukan wayar didalam penyambung jenis RJ 45
Rajah 33: Pemasang cara menyilang (PC ke PC)
Rajah 34: Pemasang cara terus (PC ke Hub)
Rajah
35: Penyambung jenis RJ45
Jenis |
Kelajuan
Maksima |
Kegunaan |
Catergory
1 |
4
5Mbps |
Talipon |
Catergory
2 |
4-
5 Mbps |
Local
talk |
Catergory
3 |
10
Mbps |
Data
Ethernet |
Catergory
4 |
16 Mbps Token ring |
Ethernet |
Catergory
5 |
100
Mbps |
Fast
Ethernet |
Catergory
6 |
1000Mbps |
Giga
Ethernet |
Jadual Cat: Perbandingan katergori kabel
100 Base-T
(Twisted pair)
Ciri-ciri serupa
dengan 10Base-T, cuma kelajuan maksima sehingga 100 Mbps dan menggunakan kabel twisted
pair jenis CAT 5. Jarak maksima masih lagi 100 meter. Didalam sistem
10Base-T, jarak dihadkan sehingga 100 meter kerana kekuatan isyarat yang
dikeluarkan setiap peralatan akan berkurangan. Sekiranya kabel yang berkualiti
tinggi digunakan jarak MUNGKIN dapat dipertingkatan sehingga 150 meter.
Jarak ini pernah dilakukan di pejabat saya tetapi tidak ada jaminan tidak akan
berlaku kehilangan isyarat. Tetapi didalam sistem 100Base-T, jarak maksima
dihadkan kerana cara kerja 100Base-T berbeza dengan 10Base-T. Sistem 100Base-T
mengunakan teknik masa yang dikenali sebagai round trip timing. Iaitu
masa yang diambil oleh sesuatu isyarat yang dihantar perlu kembali kepada
pengirim didalam tempoh masa tertentu. Ini menyebabkan jarak maksima (tanpa
pengulang) adalah 100 meter.
Walaupun penyambung
RJ45 dan konfigurasi kabel yang sama digunakan didalam 100Base-T dan 10Base-T
terdapat pantang larang yang ketat untuk 100Base-T. Antaranya:
1.
Kabel
penyambung pada RJ45 dipastikan diputar (twisted). Jarak maksima hanya
setengah inci. Sila rujuk rajah 36. Kegagalan melakukan teknik ini akan
menyebabkan kelajuan 100 Mbps Dupleks penuh (100Mbps Full Duplex) gagal dicapai.
2.
Jarak
minima kabel adalah 1.5 meter. Jarak ini bukannya standard IEEE (Institute of
Electrical and Electronics Engineers) tetapi berdasarkan pengalaman, jarak
minima terlalu pendek akan menyebabkan kepincangan pada sistem rangkaian.
3.
Sekiranya
lokasi pengguna lebih 100 meter maka pengunaan pengulang (repeater) atau
hub boleh digunakan. Hanya satu pengulang atau hub boleh digunakan. Oleh itu
jarak maksima dengan adanya pengulang adalah 200 meter.
Rajah 36: Jarak tidak melebihi ½ inci
Pemeriksaan
Talian 100BASE-TX (100BASE-TX link Integrity test)
Tranceiver Fast
Ethernet akan memerhatikan secara berterusan aktiviti dibahagian penerima (receive)
dengan tujuan memastikan talian berkerja dengan betul. Sistem yang digunakan
untuk 100BASE-TX adalah sistem isyarat ANSI FDDI, iaitu menghantar isyarat
secara berterusan walaupun sistem rangkaian didalam keadaan idle. Dengan ini
aktiviti dibahagian penerima sentiasa menerima isyrarat untuk memastikan sistem
berjalan dengan lancar.
1000Base-T
(Twisted pair)
Ciri-ciri serupa
dengan 100Base-T, cuma kelajuan maximum sehingga 1000 Mbps (1Gbps) dan
menggunakan kabel twisted pair jenis CAT 6. Kabel katergori 5 boleh juga
digunakan dan mempunyai konfigurasi sambungan RJ45 yang sama. Cuma didalam
1000Base-T kesemua lapan kabel mesti digunakan. Walaupun kabel katergori 5 boleh
digunakan, tetapi untuk memastikan kelancaran rangkaian, disarankan menggunakan
kabel katergori 6 dan penyambung RJ45 jenis katergori 6. Laman http://www.10gea.org/Tech-whitepapers.htm
boleh dilawati untuk mengetahui mengenai teknologi 1Gbps.
Rajah 37 dan 38
menunjukkan cara yang sesuai untuk menggunakan kabel kategori 5 didalam sistem
1000Base-T.
Rajah 37: Merupakan cara yang biasa kita guna untuk sistem 100Base-T dengan kabel kategori 5.
Rajah 38: Merupakan cara yang perlu kita guna untuk sistem 1000Base-T dengan kabel kategori 5.
Petunjuk:
1 |
Switch
1000Base-T |
A |
Kabel Patch
(Patch Cord) |
B |
Panel Patch
(Patch Panel) |
2 |
4 pasang
kabel horizontal |
C |
Face Plate |
D |
Kabel Patch |
Rajah
39: Penyambung pada Face Plate dari dekat (C)
Rajah
40: Patch Panel dari dekat (B)
10Base-F
(Fiber Optic)
Rajah 41: Kabel fiber optik.
Sistem 100BASE-FX
100 menunjukkan
kelajuan sistem yang digunakan adalah 100 Mhz, BASE bermaksud ia menggunakan
isyarat Baseband dan FX pula bermaksud kabel yang digunakan adalah kabel Fiber
Optik. Rajah 42 menunjukkan bagaimana sebuah komputer disambung ke mutliport
transceiver (hub).
Rajah 42: Sambungan komputer ke 100BASE-FX Ethernet.
Dengan menggunakan
kabel fiber optik pada sistem 100BASE-FX, panjang maximum kabel adalah 412 meter. Walaupun panjang kabel fiber
optik didalam sistem 10BASE-F boleh mencapai sehingga 2000 meter, tetapi didalam
sistem 100BASE-FX jarak maksimum hanya 412 meter. Ini untuk memastikan round
trip timing didalam segmen Fast Ethernet dapat diikuti.
Kabel Fiber Optik
untuk 100BASE-FX mempunyai dua kabel yang dipanggil multimode fiber optik (MMF).
Satu digunakan untuk menghantar (transmit) data dan satu lagi untuk menerima
(receive) data. Bila menggunakan kabel fiber optik, kita perlulah
menyambungkannya dengan cara menyilang (crossover). Sila rujuk rajah 42, Port TX
pada komputer perlulah disambung ke port RX pada hub dan port RX pada komputer
disambung ke port TX pada hub.
Terdapat tiga jenis
penyambung (connector):
Rajah 43: Penyambung jenis Duplex SC
(Ribbed Boot)
Rajah 44: SC Duplex Adaptor (Plastic Housing)
Rajah 45: Penyambung jenis MIC
Rajah 46: Penyambung jenis ST (w/Zirconia Ferrule &
Plastic Body)
Rajah 47: Adaptor jenis ST
Rajah 48: Penyambung ST (ST Connector w/Zirconia Ferrule &
Metal Body)
Rajah 49: Dual ST Adaptor (Duplex ST Adapter)
100BASE-FX
Repeater
Seperti juga
repeater untuk 100BASE TX, repeater 100BASE-FX juga terdapat 2 kelas.
Kedua-dua kelas akan dilabelkan dengan huruf roman I dan II.
Repeater Class I
membenarkan timing delay yang besar dan beroperasi dengan mengubah isyarat line
(translating line signal) yang diterima di Incoming Port dan mengubahnya didalam
bentuk Digital dan mengubahnya semula kepada isyarat line (retranslating to line
signal) untuk dihantar keluar ke port lain.Teknik ini berguna untuk mengulang
(repeat) semua isyarat diantara segmen yang berlainan teknik seperti
100BASE-TX/FX dan 100BASE-T4 bersambung didalam satu repeater HUB.
Repeater Class II
menggunakan timing delay yang kecil. Isyarat yang diterima akan dihantar semula
ke port yang dalam kadar segera tanpa mengubah bentuk isyarat tersebut. Repeater
Class II hanya boleh digunakan pada teknik isyarat yang sama seperti 100BASE-TX
dan 100BASE-FX. Ini bermakna HUB Class II hanya boleh disambung dengan
100BASE-TX dan 100BASE-FX. Memandangkan segmen 100BASE-T4 menggunakan teknik
isyarat yang berlainan maka kita tidak boleh disambung dengan 100BASE-TX dan
100BASE-FX. Repeater Class II merupakan jenis yang selalu digunakan kerana
segmen 100BASE-T4 tidak begitu popular, malah setakat ini saya belum lagi
berjumpa mana-mana syarikat yang menggunakan segmen 100BASE-T4 sebagai sistem
Fast Ethernet.
Pemeriksaan Talian 100BASE-TX (100BASE-TX link
Integrity test)
Tranceiver Fast
Ethernet akan memerhatikan secara berterusan aktiviti dibahagian penerima
(receive) dengan tujuan memastikan talian berkerja dengan betul. Sistem yang
digunakan untuk 100BASE-TX adalah sistem isyarat ANSI FDDI, iaitu menghantar
isyarat secara berterusan walaupun sistem rangkaian didalam keadaan idle. Dengan
ini aktiviti dibahagian penerima sentiasa menerima isyrarat untuk memastikan
sistem berjalan dengan lancar.
100-Mbps T4 Media
System
Sistem 100BASE-T4 menggunakan
empat pasang wayar, ini membolehkan kabel jenis Category 3 unshielded
twisted-pair beroperasi untuk sistem Fast Ethernet. Rajah dibawah menunjukkan
cara menyambung komputer kepada HUB 100BASE-T4.
Sistem media
100BASE-T4 direka untuk panjang maksimum sehingga 100 meter dengan menggunakan
kabel unshielded twisted-pair Category 3, 4 atau 5. Walau bagaimanapun
penggunaan kabel Category 5 digalakkan untuk membaiki isyarat ditalian tersebut.
Dibawah adalah rajah kedudukan empat pasang wayar yang digunakan pada connector
RJ45.